Wednesday, September 9, 2009

Terlalu Murah Harga Sebuah Nyawa

Hariraya Aidil Fitri akan menjelang tidak lama lagi samada pada 19 September 2009 atau 20 September 2009 ini. Setiap kali menjelang perayaan di Malaysia bukan keseronokan yang menbayangi diri aku tapi kebimbangan dan ketakutan menghantui aku.
Kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalanraya setiap kali perayaan cukup menakutkan.Op Sikap nampaknya tidak dapat membendong dan menghalang kematian rakyat Malaysia. Satu altenatif baru wajar dicari bagi memastikan sifar kemalangan menjelang setiap perayaan.
Di Malaysia harga sebuah nyawa terlalu murah.Kematian akibat kemalangan mencecah ratusan orang setiap tahun.Sikap pemandu kenderaan seolah-olah tidak menghiraukan akan statistik kematian. Bagi mereka apa yang penting mahu cepat sampai. Memandu agak gelojoh, cuai dan tidak berdisplin. Aku peduli apa dengan orang lain.
Jalanraya tempat tunjuk terror, aku hebat ,kereta aku laju dan cukup pantang kalau ada orang yang memotong. Pasti akan dikejar dan mendabik dada bahawa dialah juara jalanraya.Potong kiri, potong kanan itu yang terjadi.
Begitulah sifat pemandu Malaysia yang bodoh, samseng, ego dan mementingkan diri sendiri.Mereka tidak takut mati atau lupa bahawa mereka mengundang satu kematian dijalanraya.
Bekalan amal entahkan cukup entahkan tidak untuk bertemu Yang Maha Esa. Mereka juga lupa akan tuntutan itu.Mungkin kerana jahil atau tidak suka ambil peduli hal agama. Salah siapa akan hal ini? Ibu, ayah atau pemimpin ?????

Monday, September 7, 2009

Pilihanraya DUN Bagan Pinang Uji Maruah BN(UMNO)

Barisan Nasional sekali lagi akan diuji maruahnya didalam Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.Samada BN akan terus berputih mata atau sebaliknya sama-sama kita tunggu tarikh pilihanraya kecil yang akan diumumkan oleh SPR nanti.
Menang dengan majoriti 2333 undi bukan penentu untuk mencapai kemenangan kali kedua.Apa-apa juga boleh terjadi kerana rekod Pakatan Rakyat amat cemerlang setiap kali pilihanraya kecil berlangsung.
Sejak PRU ke 12 yang lalu, imej BN memang tidak pernah cemerlang.Cuma menang diDUN Batang Ai dan lainnya imej BN tercalar teruk.
Didalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang baru berlalu, hasrat BN mencapai kemenangan tidak juga kesampaian. Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan ada angin perubahan didalam pilihanraya itu namun nampaknya BN keciwa lagi.
Kekalahan demi kekalahan dialami BN. Berbagai strategik dan langkah diambil bagi memastikan BN memang namun tidak berjaya. Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh teman-teman bahawa rakyat sebenarnya telah menolak BN.Semuanya ini sebagai satu amaran awal bahawa Pakatan Rakyat akan cuba mendominasikan kemenangan cemerlang didalam PRU ke 13 nantinya.
Samada BN sedar atau tidak bahawa BN sudah sampai kepenghujung politiknya. Apakah BN akan berkubur selepas PRU ke13 nanti ? Terlalu sukar untuk diperkatakan.
Persoalan demi persoalan terus bermain dibenak ini. Sudah terlambatkah BN untuk menyembuhkan luka dihati rakyat?
Masalah kroni, rasuah, penyelewengan ,sabotaj semuanya merupakan faktor pembantu kepada kekalahan BN. Usaha untuk memulihkan kepincangan ini mungkin mengambil masa.
Perlu dingatkan bahawa pembangkang cukup handal memainkan isu. Harga minyak yang naik ketika umat Islam berpuasa dan akan menghadapi Hariraya Aidil Fitri merupakan isu yang cukup kuat untk diketengahkan oleh pembangkang. Kemelut politik Terangganu, Perak juga merupakan modal yang akan menghangatkan pentas politik pembangkang.
Bersediakan BN menghadapi semua ini pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang ?

Thursday, July 30, 2009

AL FATIHAN BUAT ADUN PERMATANG PASIR, PULAU PINANG

Ketiga sedang memandu kereta dalam perjalanan ketempat kerja, aku menerima SMS dari rakan di Bukit Mertajam. Beliau maklumkan bahawa Ustaz Mohamad Hamdan - ADUN Permatang Pasir meninggal dunia. Al Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Hamdan.
Allahyarham Ustaz Hamdan telah aku kenal ketiga Allahyarham bertanding mewakili PAS bagi DUN Permatang Pasir. Allahyarham menang mudah pada pilihanraya tersebut.Bagi aku kemenangan Allahyarham kerana peribadinya. Tidak sombong, mudah mesra dan suka berkawan.Dan pada ketika itu pegawai khasnya juga aku kenali. Seorang anak muda dan Allahyarham bapanya orang kuat PAS.
Hari ini Allah telah menjemput Allahyarham Ustaz Hamdam.Kabarnya beliau meninggal kerana sakit jantung dan berbagai penyakit lain.
Apa yang bermain dikepala aku ialah tentang pilihanraya kecil yang bakal diadakan. Daerah Seberang Perai Tengah( Bukit Mertajam) telah mencatat sejarah Malaysia.Termasuk DUN Permatang Pasir bermakna 3 pilihanraya kecil terpaksa diadakan dalam jarak yang tidak berapa lama. Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh,Pilihanraya Kecil DUN Penanti telahpun berlalu.Dua pilihanraya kecil lalu didominasikan oleh pembangkang.
DUN Permatang Pasir kubu kuat PAS.Sukar untuk meramalkan parti mana akan menang jika ada pertandingan pada pilihanraya akan datang. Namun aku tetap percaya BN tidak akan memberi laluan mudah kepada PAS. PAS serta Pakatan Rakyat pada kali ini akan menghadapi ujian yang getir dan kesukaran bagi memenangi kerusi tersebut.
Kita tunggu dan lihat nantinya.

Friday, April 24, 2009

ANTARA KETEGASAN DAN RAKAN

Sejak akhir-akhir ini aku rasa amat tertekan.Badan terasa letih, penat dan cepat naik marah.Keletihan selepas Pilihanraya Kecil Bukit Gantang yang aku bertugas disana masih terasa lagi. Kembali bertugas di daerah ini kerja pun semakin banyak. Ini yang memungkinkan aku tertekan dan cepat letih.

Setelah hampir 3 minggu meninggalkan pejabat tentu sekali banyak kerja yang perlu dibereskan. Ditambah dengan kerja-kerja dan arahan-arahan yang baru diterima menambahkan lagi rasa keletihan. Dan baru-baru ini ada Lawatan Kerja dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan arahan diberi terlalu singkat. Ini menyebabkan aku dan kakitangan terpaksa berkerja keras untuk menyempurnakan segala apa yang dikehendaki.

Sebelum keBukit Gantang banyak perkara yang aku perlukan dari kakitangan dipejabat. Tertangguh segala yang aku perlukan. Dan selepas bertugas kembali didaerah ini semua itu aku ingatkan kembali akan perkara tersebut kepada mereka. Satu minggu, dua minggu dan dah masuk minggu ketiga apa yang aku perlukan masih belum sampai kepada aku.Hati mula terasa panas.Buat mesyuarat, masih macam tuu lagi. Dan akhirnya dengan nada yang agak keras dan arahan yang tegas aku arahkan semuanya mesti sampai kepada aku pada tarikh yang aku tetapkan.

Nampaknya nada keras dan ketegasan aku menjadi kali ini. Sejak aku disini memang aku bersikap terbuka ,lembut dan banyak bersabar. Dan hari ini kesabaran aku teruji.Mereka segera bertindak dan insyaallah apa yang aku mahu akan aku dapat pada tarikh yang aku tetapkan.

Sebenarnya , kakitangan dipejabat aku adalah rakan-rakan aku. Sebab itu aku tidak mahu mencari masalah dengan mereka. Namun apakan daya, kesabaran, kelembutan dan sikap terbuka aku seperti tidak......( terlalu sukar aku nak terjemahkan perkataan itu demi rakan-rakan sepejabat ). Ketegasan telah dapat menyelesaikan permasalahan yang aku hadapi.

Aku amat berharap ,rakan-rakan aku tidak tersalah anggap. Maklumlah sekarang aku berbeza dengan mereka .Sudah berjawatan dan mungkin dah lupa daratan. Aku tak peduli apa yang mereka nak kata. Bagi aku ketegasan aku untuk kebaikan jabatan bukan untuk aku.

Tuesday, April 21, 2009

TERCALAR MARUAH BN

Kenyataan Perdana Menteri bahawa Pilihanraya Kecil DUN Penanti sebagai mainan politik dan kemungkinan besar tidak meletakkan calon BN bagaikan tewas sebelum berjuang.

BN yang selama ini kental,gigih dan tidak pernah berputus asa nampaknya longlai sebelum mekar.Pahlawan gagah perkasa yang tidak pernah kenal erti kekalahan bagaikan hilang semangat keperwiraan sejati.Belum terkena tusukan mata pedang ,sakitnya sudah dilaungkan.

Pengakuan kalah sebelum berjuang akan mencalarkan maruah BN. Pakatan Rakyat akan mendabit dada bahawa BN sudah tidak berupaya menerima asakan pembangkang. Keegoan PKR akan semakin terserlah.Dan YAB Perdana Menteri akan dilebelkan sebagai Perdana Menteri yang lemah dan penakut.

Pada dasarnya BN memang nampak sukar untuk menawan DUN Penanti.Kekuatan PKR dan pengaruh Dato Seri Anwar Ibrahim tidak siapa dapat menafikan untuk PKR terus menguasai DUN Penanti. Namun BN tidak wajar menyerah kalah dan menganggap Pilihanraya Kecil DUN Penanti sebagai mainan politik.Ini lah yang sebenarnya menjadi agenda politik Pakatan Rakyat iaitu untuk mempermain dan memporakperandakan politik Barisan Nasional.

Dan aku amat percaya sekiranya BN tidak bertanding didalam pilihanraya kecil DUN Penanti maka akan ada lagi ADUN Pakatan Rakyat yang akan terus mempersendakan BN. Pembaziran memanglah satu pembaziran namun BN tidak terlalu murah maruahnya.

Thursday, April 16, 2009

UJIAN PERTAMA KEPIMPINAN PERDANA MENTERI BARU

Semasa semua BN dan Pakatan Rakyat sibuk berkempen Pilihanraya Kecil Bukit Gantang tempohari ,telah aku katakan didalam satu perjumpaan bahawa selepas ini Penanti akan diadakan pilihanraya.Ramalan aku memang tepat. Dan pada hari 16 April 2009, TV3 telah memaparkan bahawa ADUN Penanti( PKR ) telah meletakkan jawatannya.

Bahang Pilihanraya Kecil Bukit Gantang masih lagi terasa. Badan masih lagi letih. BN masih berduka sedih. PAS dan Pakatan Rakyat sedang meraikan kemenangan. Dengan megah dan bangganya mereka mendabik dada diseluruh perosok Negeri Perak menyatakan BN sudah sampai kepenghujung politik tanahair. Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat dan akan mewarnai persada politik masa kini.

Pakatan Rakyat sekali lagi sedang menguji kredibiliti BN dihati rakyat.DUN Penanti diwakili PKR kosong kini.Pastinya tidak lama lagi SPR akan mengistiharkan tarikh penamaan calon dan seterusnya hari mengundi bagi DUN Penanti.

Perjalanan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang baru sedang duji. Medan pertama dari Pakatan Rakyat untuk melihat betapa kuatnya sokongan rakyat kepada Perdana Menteri baru. Ujian pertama populariti Perdana Menteri.Ujian untuk melihat ketabahan Perdana Menteri. Dan ujian untuk melihat BN terus gerhana dihati rakyat.

Pakatan Rakyat atau lebih tepat PKR di DUN Penanti memang kuat pengaruhnya. Ditambah pula populariti Dato Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipandang rendah. Kemenangan dengan undi besar dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh lalu adalah bukti akan perkara tersebut. Dan pada kali ini PKR akan pastikan DUN Penanti akan kekal menjadi milik mereka.

Bila direnung-renung akan kemelut politik masa kini agak sukar untuk merongkai persoalannya. Selepas PR Ke12 seperti ada agenda tersembunyi Pakatan Rakyat. Satu demi satu pilihanraya kecil terpaksa diadakan.

Aku amat bimbang, agenda yang tersembunyi Pakatan Rakyat akan memudarkan semangat patriotik rakyat. Kesetiaan rakyat terbelah bagi.Lagi banyak pilihanraya kecil lagi banyak ujian pada kesetiaan rakyat. Fitnah, tohmahan, serangan peribadi mencemar maruah Malaysia.

Dan aku semakin takut mengharungi kehidupan yang semakin mencabar kini.

Sunday, February 22, 2009

PENGKALAN HULU - AKU ,ISTERI DAN ANAK-ANAK

September 2008, aku mula menjejak kaki di daerah kecil ini. Dari Kuala Lumpur bandaraya yang hingar bingar, penuh kehangatan isu, gossip, kekalutan dan masyarakat pengejar wang dan akhirnya aku ke daerah ini. Daerah kecil, sejuk, nyaman dan mendamaikan .

Bermula dari September 2008, aku berulang alik dari Seberang Perai Utara setiap hari sejauh hampir 200 kilometer. Badan terasa letih.Duit minyak dan makan belum diambil kira.Itulah yang dikatakan dunia.Dah menjadi lumrah manusia kerana pangkat kita sanggup buat apa jua.

Disember 2008, akhirnya aku dapat sebuah rumah sewa. Hati rasa seronok kerana segala permasalahan akan selesai. Aku boleh berjimat dan badan dapat berehat kerana tidak perlu lagi memandu jauh.Dan aku mula menjadi warga daerah ini.

Buat permulaan aku tinggal seorang. Bukan senang nak bawa isteri dan anak-anak.Tambahan pula nak urus soal sekolah bukan perkara mudah. Aku terpaksa bersabar. Bujang untuk sementara ditempat orang.

Baru seminggu disini, aku diarahkan bertugas khas di Kuala Terengganu. 18 Januari 2009 selesai tugasan dan kembalilah aku kedaerah ini.Hampir sebulan aku di Terengganu Kite. .Banyak perkara yang aku belajar disana. Tentang hati dan perasaan manusia. Tentang kemuliaan dan keegoan. Hipokrik dan kebenaran. Tentang kuasa dan kerakusan . Semuanya mengajar aku menjadi lebih matang dan lebih mengenali akan erti kemanusiaan.

Disini aku merasa satu ketenangan. Pengkalan Hulu, pekan kecil yang cuacanya sejuk dan mendamaikan. Walaupun sejuk dan selesa, tidur aku tidak nyenyak. Entah kenapa tidur aku tidak jerap. Setiap sejam sekali aku pasti terjaga.

Sehingga kesaat ini, setiap Jumaat aku akan pulang bertemu dengan isteri yang paling setia. Anak aku yang comel dan petah bercakap menjadikan aku seorang ayah paling perindu.Aku terasa amat syahdu dan aku tiba-tiba menjadi rindu apabila sicomel aku melapazkan kata " Adik rindu sangat kat ayah ! ".

Disini aku tiada teman untuk tidur bersama. Tiada gurau senda sicomel manja. Aku keseorangan disini. Harapan aku untuk bersama isteri dan anak-anak tidak kesampaian. Kata isteri aku takdak masalah nak ikut kesini tapi nak dapat pelanggan baru bukan senang.Anak aku yang nombor dua dan tiga tak minat nak duduk disini. Tak dak supermarket, tak dak Jusco, Giant, Tesco. Tak seronok dan malam sunyi sepi.Anak pertama memang tidak boleh ikut kerana dia kerja di Kepala Batas.

Itulah nasib seorang ayah. kalau dulu semasa kita kecil,kita ikut cakap ayah dan mak kita tapi sekarang ayah dan mak ikut cakap anak-anak. Dunia dah berubah. Nak beli baju ,nak beli kasut, nak beli laptop, nak makan dikedai semua anak-anak yang tentukan.Apakah itu tanda sayang atau kita terlalu menurut kata anak-anak ??????.

Friday, February 20, 2009

Kemelut Politik

Ini pertama kali aku menulis.Baru nak berjinak-jinak dengan blog.Apa yang aku nak perkatakan dah banyak orang perkatakan. Jadi Aku pun turut sama nak katakan kerana bila tersimpan dihati, rasa geram, marah dan benci mencengkam jiwa.

Perak, negeri yang dilanda kemelut politik.Keghairahan untuk punyai kuasa menepis segala moral diri.Rakyat menjadi mangsa parti.Hormat menghormati sudah tidak dipeduli lagi.

Sukalah aku berseru demi untuk kelangsungan kesejahteraan rakyat Negeri Perak kepada parti politk.Semua pihak perlu bersikaf profesional.BN harus bermuhasabah diri. Pakatan Rakyat sabar dan jangan ghairahkan diri.

Dan adalah terlebih baik demi untuk keharmonian dan kesejahteraan rakyat Perak. Gelanggang negeri perlu diuji sekali lagi. Adakan Pilihanraya Negeri. Biar rakyat mengadili untuk menerajui kerajaan negeri.

BN, Pakatan Rakyat fikirkan masa depan rakyat.Kikis dan hapuskan keegoaan diri.Pilihanraya semula jalan penyelesaian terbaik untuk kekalkan harmoni.

Penilaian aku, kekuasaan yang menjadi idaman menghancurkan maruah dan martabat bangsa.DYMM Sultan Perak tercemar duli. Sultan tidak disanjungi ..Siapa yang mengajar DYMM tidak dihormati. Kita yang bernama Melayu.

Dengarlah rayuanku. Kenapa bangsa menjadi taruhan? Akhlak diketepikan. Nafsu tewaskan kegilaan manusia untuk sampai kepuncak kuasa demi untuk sebuah impian.Apakah kita lupa.Api sengketa sedang kita nyalakan. Apakah kita bodoh ! atau kita sengaja pejam mata kerana kita punya agenda.

Sedarlah bangsaku !
Kita ini terlalu alpa
Sehingga mengundang murka Yang Maha Berkuasa