Sunday, February 22, 2009

PENGKALAN HULU - AKU ,ISTERI DAN ANAK-ANAK

September 2008, aku mula menjejak kaki di daerah kecil ini. Dari Kuala Lumpur bandaraya yang hingar bingar, penuh kehangatan isu, gossip, kekalutan dan masyarakat pengejar wang dan akhirnya aku ke daerah ini. Daerah kecil, sejuk, nyaman dan mendamaikan .

Bermula dari September 2008, aku berulang alik dari Seberang Perai Utara setiap hari sejauh hampir 200 kilometer. Badan terasa letih.Duit minyak dan makan belum diambil kira.Itulah yang dikatakan dunia.Dah menjadi lumrah manusia kerana pangkat kita sanggup buat apa jua.

Disember 2008, akhirnya aku dapat sebuah rumah sewa. Hati rasa seronok kerana segala permasalahan akan selesai. Aku boleh berjimat dan badan dapat berehat kerana tidak perlu lagi memandu jauh.Dan aku mula menjadi warga daerah ini.

Buat permulaan aku tinggal seorang. Bukan senang nak bawa isteri dan anak-anak.Tambahan pula nak urus soal sekolah bukan perkara mudah. Aku terpaksa bersabar. Bujang untuk sementara ditempat orang.

Baru seminggu disini, aku diarahkan bertugas khas di Kuala Terengganu. 18 Januari 2009 selesai tugasan dan kembalilah aku kedaerah ini.Hampir sebulan aku di Terengganu Kite. .Banyak perkara yang aku belajar disana. Tentang hati dan perasaan manusia. Tentang kemuliaan dan keegoan. Hipokrik dan kebenaran. Tentang kuasa dan kerakusan . Semuanya mengajar aku menjadi lebih matang dan lebih mengenali akan erti kemanusiaan.

Disini aku merasa satu ketenangan. Pengkalan Hulu, pekan kecil yang cuacanya sejuk dan mendamaikan. Walaupun sejuk dan selesa, tidur aku tidak nyenyak. Entah kenapa tidur aku tidak jerap. Setiap sejam sekali aku pasti terjaga.

Sehingga kesaat ini, setiap Jumaat aku akan pulang bertemu dengan isteri yang paling setia. Anak aku yang comel dan petah bercakap menjadikan aku seorang ayah paling perindu.Aku terasa amat syahdu dan aku tiba-tiba menjadi rindu apabila sicomel aku melapazkan kata " Adik rindu sangat kat ayah ! ".

Disini aku tiada teman untuk tidur bersama. Tiada gurau senda sicomel manja. Aku keseorangan disini. Harapan aku untuk bersama isteri dan anak-anak tidak kesampaian. Kata isteri aku takdak masalah nak ikut kesini tapi nak dapat pelanggan baru bukan senang.Anak aku yang nombor dua dan tiga tak minat nak duduk disini. Tak dak supermarket, tak dak Jusco, Giant, Tesco. Tak seronok dan malam sunyi sepi.Anak pertama memang tidak boleh ikut kerana dia kerja di Kepala Batas.

Itulah nasib seorang ayah. kalau dulu semasa kita kecil,kita ikut cakap ayah dan mak kita tapi sekarang ayah dan mak ikut cakap anak-anak. Dunia dah berubah. Nak beli baju ,nak beli kasut, nak beli laptop, nak makan dikedai semua anak-anak yang tentukan.Apakah itu tanda sayang atau kita terlalu menurut kata anak-anak ??????.

No comments: