Semasa semua BN dan Pakatan Rakyat sibuk berkempen Pilihanraya Kecil Bukit Gantang tempohari ,telah aku katakan didalam satu perjumpaan bahawa selepas ini Penanti akan diadakan pilihanraya.Ramalan aku memang tepat. Dan pada hari 16 April 2009, TV3 telah memaparkan bahawa ADUN Penanti( PKR ) telah meletakkan jawatannya.
Bahang Pilihanraya Kecil Bukit Gantang masih lagi terasa. Badan masih lagi letih. BN masih berduka sedih. PAS dan Pakatan Rakyat sedang meraikan kemenangan. Dengan megah dan bangganya mereka mendabik dada diseluruh perosok Negeri Perak menyatakan BN sudah sampai kepenghujung politik tanahair. Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat dan akan mewarnai persada politik masa kini.
Pakatan Rakyat sekali lagi sedang menguji kredibiliti BN dihati rakyat.DUN Penanti diwakili PKR kosong kini.Pastinya tidak lama lagi SPR akan mengistiharkan tarikh penamaan calon dan seterusnya hari mengundi bagi DUN Penanti.
Perjalanan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang baru sedang duji. Medan pertama dari Pakatan Rakyat untuk melihat betapa kuatnya sokongan rakyat kepada Perdana Menteri baru. Ujian pertama populariti Perdana Menteri.Ujian untuk melihat ketabahan Perdana Menteri. Dan ujian untuk melihat BN terus gerhana dihati rakyat.
Pakatan Rakyat atau lebih tepat PKR di DUN Penanti memang kuat pengaruhnya. Ditambah pula populariti Dato Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipandang rendah. Kemenangan dengan undi besar dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh lalu adalah bukti akan perkara tersebut. Dan pada kali ini PKR akan pastikan DUN Penanti akan kekal menjadi milik mereka.
Bila direnung-renung akan kemelut politik masa kini agak sukar untuk merongkai persoalannya. Selepas PR Ke12 seperti ada agenda tersembunyi Pakatan Rakyat. Satu demi satu pilihanraya kecil terpaksa diadakan.
Aku amat bimbang, agenda yang tersembunyi Pakatan Rakyat akan memudarkan semangat patriotik rakyat. Kesetiaan rakyat terbelah bagi.Lagi banyak pilihanraya kecil lagi banyak ujian pada kesetiaan rakyat. Fitnah, tohmahan, serangan peribadi mencemar maruah Malaysia.
Dan aku semakin takut mengharungi kehidupan yang semakin mencabar kini.
yummy
13 years ago
No comments:
Post a Comment