Barisan Nasional sekali lagi akan diuji maruahnya didalam Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.Samada BN akan terus berputih mata atau sebaliknya sama-sama kita tunggu tarikh pilihanraya kecil yang akan diumumkan oleh SPR nanti.
Menang dengan majoriti 2333 undi bukan penentu untuk mencapai kemenangan kali kedua.Apa-apa juga boleh terjadi kerana rekod Pakatan Rakyat amat cemerlang setiap kali pilihanraya kecil berlangsung.
Sejak PRU ke 12 yang lalu, imej BN memang tidak pernah cemerlang.Cuma menang diDUN Batang Ai dan lainnya imej BN tercalar teruk.
Didalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang baru berlalu, hasrat BN mencapai kemenangan tidak juga kesampaian. Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan ada angin perubahan didalam pilihanraya itu namun nampaknya BN keciwa lagi.
Kekalahan demi kekalahan dialami BN. Berbagai strategik dan langkah diambil bagi memastikan BN memang namun tidak berjaya. Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh teman-teman bahawa rakyat sebenarnya telah menolak BN.Semuanya ini sebagai satu amaran awal bahawa Pakatan Rakyat akan cuba mendominasikan kemenangan cemerlang didalam PRU ke 13 nantinya.
Samada BN sedar atau tidak bahawa BN sudah sampai kepenghujung politiknya. Apakah BN akan berkubur selepas PRU ke13 nanti ? Terlalu sukar untuk diperkatakan.
Persoalan demi persoalan terus bermain dibenak ini. Sudah terlambatkah BN untuk menyembuhkan luka dihati rakyat?
Masalah kroni, rasuah, penyelewengan ,sabotaj semuanya merupakan faktor pembantu kepada kekalahan BN. Usaha untuk memulihkan kepincangan ini mungkin mengambil masa.
Perlu dingatkan bahawa pembangkang cukup handal memainkan isu. Harga minyak yang naik ketika umat Islam berpuasa dan akan menghadapi Hariraya Aidil Fitri merupakan isu yang cukup kuat untk diketengahkan oleh pembangkang. Kemelut politik Terangganu, Perak juga merupakan modal yang akan menghangatkan pentas politik pembangkang.
Bersediakan BN menghadapi semua ini pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang ?
yummy
13 years ago
No comments:
Post a Comment