Tuesday, April 21, 2009

TERCALAR MARUAH BN

Kenyataan Perdana Menteri bahawa Pilihanraya Kecil DUN Penanti sebagai mainan politik dan kemungkinan besar tidak meletakkan calon BN bagaikan tewas sebelum berjuang.

BN yang selama ini kental,gigih dan tidak pernah berputus asa nampaknya longlai sebelum mekar.Pahlawan gagah perkasa yang tidak pernah kenal erti kekalahan bagaikan hilang semangat keperwiraan sejati.Belum terkena tusukan mata pedang ,sakitnya sudah dilaungkan.

Pengakuan kalah sebelum berjuang akan mencalarkan maruah BN. Pakatan Rakyat akan mendabit dada bahawa BN sudah tidak berupaya menerima asakan pembangkang. Keegoan PKR akan semakin terserlah.Dan YAB Perdana Menteri akan dilebelkan sebagai Perdana Menteri yang lemah dan penakut.

Pada dasarnya BN memang nampak sukar untuk menawan DUN Penanti.Kekuatan PKR dan pengaruh Dato Seri Anwar Ibrahim tidak siapa dapat menafikan untuk PKR terus menguasai DUN Penanti. Namun BN tidak wajar menyerah kalah dan menganggap Pilihanraya Kecil DUN Penanti sebagai mainan politik.Ini lah yang sebenarnya menjadi agenda politik Pakatan Rakyat iaitu untuk mempermain dan memporakperandakan politik Barisan Nasional.

Dan aku amat percaya sekiranya BN tidak bertanding didalam pilihanraya kecil DUN Penanti maka akan ada lagi ADUN Pakatan Rakyat yang akan terus mempersendakan BN. Pembaziran memanglah satu pembaziran namun BN tidak terlalu murah maruahnya.

No comments: