Sejak akhir-akhir ini aku rasa amat tertekan.Badan terasa letih, penat dan cepat naik marah.Keletihan selepas Pilihanraya Kecil Bukit Gantang yang aku bertugas disana masih terasa lagi. Kembali bertugas di daerah ini kerja pun semakin banyak. Ini yang memungkinkan aku tertekan dan cepat letih.
Setelah hampir 3 minggu meninggalkan pejabat tentu sekali banyak kerja yang perlu dibereskan. Ditambah dengan kerja-kerja dan arahan-arahan yang baru diterima menambahkan lagi rasa keletihan. Dan baru-baru ini ada Lawatan Kerja dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan arahan diberi terlalu singkat. Ini menyebabkan aku dan kakitangan terpaksa berkerja keras untuk menyempurnakan segala apa yang dikehendaki.
Sebelum keBukit Gantang banyak perkara yang aku perlukan dari kakitangan dipejabat. Tertangguh segala yang aku perlukan. Dan selepas bertugas kembali didaerah ini semua itu aku ingatkan kembali akan perkara tersebut kepada mereka. Satu minggu, dua minggu dan dah masuk minggu ketiga apa yang aku perlukan masih belum sampai kepada aku.Hati mula terasa panas.Buat mesyuarat, masih macam tuu lagi. Dan akhirnya dengan nada yang agak keras dan arahan yang tegas aku arahkan semuanya mesti sampai kepada aku pada tarikh yang aku tetapkan.
Nampaknya nada keras dan ketegasan aku menjadi kali ini. Sejak aku disini memang aku bersikap terbuka ,lembut dan banyak bersabar. Dan hari ini kesabaran aku teruji.Mereka segera bertindak dan insyaallah apa yang aku mahu akan aku dapat pada tarikh yang aku tetapkan.
Sebenarnya , kakitangan dipejabat aku adalah rakan-rakan aku. Sebab itu aku tidak mahu mencari masalah dengan mereka. Namun apakan daya, kesabaran, kelembutan dan sikap terbuka aku seperti tidak......( terlalu sukar aku nak terjemahkan perkataan itu demi rakan-rakan sepejabat ). Ketegasan telah dapat menyelesaikan permasalahan yang aku hadapi.
Aku amat berharap ,rakan-rakan aku tidak tersalah anggap. Maklumlah sekarang aku berbeza dengan mereka .Sudah berjawatan dan mungkin dah lupa daratan. Aku tak peduli apa yang mereka nak kata. Bagi aku ketegasan aku untuk kebaikan jabatan bukan untuk aku.
yummy
13 years ago