Wednesday, September 9, 2009

Terlalu Murah Harga Sebuah Nyawa

Hariraya Aidil Fitri akan menjelang tidak lama lagi samada pada 19 September 2009 atau 20 September 2009 ini. Setiap kali menjelang perayaan di Malaysia bukan keseronokan yang menbayangi diri aku tapi kebimbangan dan ketakutan menghantui aku.
Kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalanraya setiap kali perayaan cukup menakutkan.Op Sikap nampaknya tidak dapat membendong dan menghalang kematian rakyat Malaysia. Satu altenatif baru wajar dicari bagi memastikan sifar kemalangan menjelang setiap perayaan.
Di Malaysia harga sebuah nyawa terlalu murah.Kematian akibat kemalangan mencecah ratusan orang setiap tahun.Sikap pemandu kenderaan seolah-olah tidak menghiraukan akan statistik kematian. Bagi mereka apa yang penting mahu cepat sampai. Memandu agak gelojoh, cuai dan tidak berdisplin. Aku peduli apa dengan orang lain.
Jalanraya tempat tunjuk terror, aku hebat ,kereta aku laju dan cukup pantang kalau ada orang yang memotong. Pasti akan dikejar dan mendabik dada bahawa dialah juara jalanraya.Potong kiri, potong kanan itu yang terjadi.
Begitulah sifat pemandu Malaysia yang bodoh, samseng, ego dan mementingkan diri sendiri.Mereka tidak takut mati atau lupa bahawa mereka mengundang satu kematian dijalanraya.
Bekalan amal entahkan cukup entahkan tidak untuk bertemu Yang Maha Esa. Mereka juga lupa akan tuntutan itu.Mungkin kerana jahil atau tidak suka ambil peduli hal agama. Salah siapa akan hal ini? Ibu, ayah atau pemimpin ?????

Monday, September 7, 2009

Pilihanraya DUN Bagan Pinang Uji Maruah BN(UMNO)

Barisan Nasional sekali lagi akan diuji maruahnya didalam Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.Samada BN akan terus berputih mata atau sebaliknya sama-sama kita tunggu tarikh pilihanraya kecil yang akan diumumkan oleh SPR nanti.
Menang dengan majoriti 2333 undi bukan penentu untuk mencapai kemenangan kali kedua.Apa-apa juga boleh terjadi kerana rekod Pakatan Rakyat amat cemerlang setiap kali pilihanraya kecil berlangsung.
Sejak PRU ke 12 yang lalu, imej BN memang tidak pernah cemerlang.Cuma menang diDUN Batang Ai dan lainnya imej BN tercalar teruk.
Didalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang baru berlalu, hasrat BN mencapai kemenangan tidak juga kesampaian. Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan ada angin perubahan didalam pilihanraya itu namun nampaknya BN keciwa lagi.
Kekalahan demi kekalahan dialami BN. Berbagai strategik dan langkah diambil bagi memastikan BN memang namun tidak berjaya. Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh teman-teman bahawa rakyat sebenarnya telah menolak BN.Semuanya ini sebagai satu amaran awal bahawa Pakatan Rakyat akan cuba mendominasikan kemenangan cemerlang didalam PRU ke 13 nantinya.
Samada BN sedar atau tidak bahawa BN sudah sampai kepenghujung politiknya. Apakah BN akan berkubur selepas PRU ke13 nanti ? Terlalu sukar untuk diperkatakan.
Persoalan demi persoalan terus bermain dibenak ini. Sudah terlambatkah BN untuk menyembuhkan luka dihati rakyat?
Masalah kroni, rasuah, penyelewengan ,sabotaj semuanya merupakan faktor pembantu kepada kekalahan BN. Usaha untuk memulihkan kepincangan ini mungkin mengambil masa.
Perlu dingatkan bahawa pembangkang cukup handal memainkan isu. Harga minyak yang naik ketika umat Islam berpuasa dan akan menghadapi Hariraya Aidil Fitri merupakan isu yang cukup kuat untk diketengahkan oleh pembangkang. Kemelut politik Terangganu, Perak juga merupakan modal yang akan menghangatkan pentas politik pembangkang.
Bersediakan BN menghadapi semua ini pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang ?